Masuk Hari ini dah hampir sebulan ana bekerja di sebuah syarikat Al-baghdadi learning center..Bukan mengajar tetapi menguruskan bahagian pengurusan disini lebih kurang kerani lah..
Dan syarikat ini banyak cawangannya dimalaysia ..dan ana bekerja di cawangan semenyih sebab lebih Dekat dengan rumah ana..mungkin ramai tak tahu apa benda tempat tu?..untuk apa?..Ia sebuah tempat yang mana membantu golongan kanak2 @ dewasa untuk membaca al-quran
dalam masa 3 bulan,in sha Allah..dah macam nak promosi pulak..sekiranya nak tahu lebih lanjut boleh lah search dekat Google Al-baghdadi learning center @ kat youtube pun ade dan jika tak silap ade keluar rancangannya di television siaran Astro oasis..
ok,itu baru mukadimahnya…
bermula ana bekerja disitu sangat kekok..biasalah mula2 kan..then hari demi hari diri ini dapat menyesuaikan diri..yang menariknya disini ..pelajar2nya majoriti terdiri daripada golongan dewasa..dan yang paling ana kagum dengan pakcik2 serta makcik2 disini ialah kesungguhan serta semangat mereka untuk belajar al-quran sangat tinggi..mana tidaknya , siang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk anak2 , malam belajar mengaji..tak ke penat..tapi atas kesedaran mereka ..penat lelah tiada dalam hidup mereka..asalkan mereka dapat belajar..
ana tertarik dengan beberapa ungkapan oleh pelajar2 dewasa disitu:..
:"ermm..bila dah tua baru terhegeh-hegeh nak belajar Al-quran,masa kecik2 dulu malas belajar selalu ponteng..sekarang boleh dapat entah baca al-quran."
:"pakcik ni dekat rumah banyak buku2 iqra dan muqadam tapi tak habis2 lagi..sekarang ni pakcik tak tahu lah boleh ke tidak nak habis kan."
Dengar sahaja kata2 mereka..ana terus tersenyum dan berkata"in sha Allah, boleh"
.
.
Sesungguhnya Allah maha penyanyang kerana telah memberi hidayah dan membuka hati mereka untuk membaca serta mempelajari Al-quran sebelum Allah menarik nyawa mereka..Alhamdulillah..
Teringat pesanan ustazah ana: cari lah ilmu sebanyak mungkin sewaktu kita muda kerana waktu muda inilah tenaga kita masih kuat dengan akal yang masih tajam untuk menimba ilmu,ini kerana nikmat waktu muda tidak sama apabila kita tua,kekuatan tenaga lemah .akal sudah tidak dapat menerima dan menyimpan ilmu dengan sebaiknya dan faktor kesihatan..
So para pemuda-pemudi sekalian jangan lepaskan peluang untuk mencari ilmu dimana sahaja..anda mampu mengubahnya..
"Ayuh bersama membina generasi yang cinta akan ilmu"
Wallahualam..