Halaman

Selasa, 4 Jun 2013

dulu dan sekarang

assalamualaikum....ok kembali bercerita ^_^....dua tiga hari ni sibuk sudah melanda diri maklumlah dah masuk universiti untuk sem 3....macam2 kerenah kawan2 bila lama sgt cuti ade je cerita yg nk diceritakan...
ok cerita pasal universiti ni kan ana tengok ramai betul budak2 pandai sekarang tak payah cakap lah 10A 8A yang A A A semua tu...makin byk pelajar yng pandai makin susah nk masuk universiti pulak.....


ana nk bawak pengalaman ana semasa dikelas semalam.Seorang kawan ana bertanya kepada pensyarah ana kenapa subject sorof dipendekkan dari 2 jam jadi sejam je ustaz?ana pun pandang pensyarah ana nak tengok reaksi beliau...tiba2 beliau senyum dan berkata ermm...ustaz pun x tahu nk ckp macm mana ...kami sekelas ter tanya2 :

 kemudian ustaz ana cakap:
"oklah macam ni..memang semester sebelum ni kite belajaq 2jam tetapi disebabkan sekarang dah sistem baru kerana adik2 junior kamu melanjutkan pelajaran selama setahun sahaja disini ( sepatutnya 2 tahun ) maka kite singkat kan masa menjadi sejam..".

kami (dalam hati):
kiranya kita orang pun kena sekali lah

 ustaz : "ustaz pun pelik kenapa subject ni yang dipendekkan sebab nak mengaji tntg sorof ni kena ngaji lama skit sebab subject ni bukn macm subject lain ( sapa yng amik bahasa arab dia tahulah ).
tetapi jgn risau walaupun kte belajaq sejam selibusnya tetap sama cuma cara pembelajaran dan pengajarannya je berbeza tapi matlamatnya sama kita belajaq sorof jugak.."

kami pun pening2 ada yng menggaru-garu kepala pun ade...

 ustaz : "ok macam ni...kte nk balik KL ke KELANTAN ade bape cara..byk kan...boleh ikut dari gua musang,grik,terengganu dan atas awan (flight lah)..semua tu matlamatnya nk ke kuala lumpur , antara byk2 jln atas awan lah yng paling cepatkan...samalah macam kamu...yng sepatutnya belajaq 2jam jadi sejam..then ustaz smbung lagi..jika kte iku jln bawah (musang,grik,terengganu) kte boleh tahu apa yng berlaku dibawah tetapi jika kte ikut jalan atas (flight) sudah tentu kte tak tahu apa yng berlaku dibawah...jadi jika kamu belajaq sorof jgn tanya knp ? maksudnya kte belajaq  guna cara kaedah bukan dgn cara memahami pelajaran itu..."

bila ana dengar fuhh..betul jugak apa yng dikatakan pensyarah ana...bila difikirkan balik kte kat malaysia ni belajaq kaedah bukan memahami sebenarnnya asalkan cepat abis belajaq...bak kata ustaz ana belajaq sekerat2..yng lagi menyentuh ana , apabila ustaz ana cakap ...pembelajaran dulu dan sekarang memang berbeza sangat..sekarang kalau belajaq lama sgt ( ber tahun2 )dikata tak bagus..tapi belajaq sekejap/cepat dikata bagus...nk tahu sbb apa ulama2 hebat dalam ilmunya ini kerana beliau mengaji bukan setahun dua malah bertahun-tahun...bkn macam kite sekarang mengaji hanya melepaskan batuk ditangga tu pun bajet macam dah bnyk sangat ilmu...


kebanyakkan sekarang belajaq bukan kerana ilmu tetapi kerana kerja semata-mata..waallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan