Halaman

Ahad, 31 Mei 2015

Nama Saya Bukan Ana


:assalamualaikum ya akhi azam..

:waalaikumussalam akhi saiful..

:anta dari mana ni , nampak tergesa-gesa..

:oh...ana ada presentation sekejap lagi, tu yg tergesa-gesa nak pergi kelas,takut lambat sbb mahu buat persediaan sebelum lecture masuk.

:oklah..ana tidak mahu menganggu anta, semoga berjaya ana ucapkan.

:syukran akhi saiful,ana pergi dulu,assalamualaikum.

*****
alhamdulillah ,habis jugak minggu ni utk semua tugasan daripada lecture,dapat lah aku meluang masa dengan akhi saiful dan nizam nanti, sudah lama rasanya tidak duduk bersama bersama mereka tentu banyak benda aku terlepas perbincangan dan isu2 yang aku sendiri kurang cakna tentang islam.

berbalik kepada akhi saiful dan nizam ketika mana aku belum mengenali mereka ..ada peristiwa yang sampai ke hari ini bila jumpa mereka mesti aku nak tergelak bila mereka membangkitkan kisah aku dan akhi saiful di awal pertemuan kami.

*****
suatu hari roomate aku si mazlan sakit..sebagai sahabat aku pun dengan prihatin mahu bawak dia pergi ke klinik tetapi si mazlan kata dia sakit biasa sbb tak nak menyusahkan aku..
it's ok bila dia cakap macam tu aku pun tak nak memaksa..ketika aku keluar dari bilik aku terdengar perbualan dua orang sahabat ni didepan bilik aku.

tiba-tiba..

assalamualaikum saudara..

eh,waalaikumussalam..

dengar khabar,kawan saudara sakit,teruk ke?

a'ha..entahlah,tuan punya badan kata sakit biasa je.

ermmm..takpelah ,kalau ade apa-apa yang boleh ana tolong panggil je ana kat bilik sebelah.

anyway,thanks..

****
assalamualaikum..eh mana mazlan ni,tadi dia yang suruh aku beli nasi lemak kegemaran dia alih2 dia xde pulak..

5 minit kemudian..

aishh..mazlan ni pi mana pulak, takkan pi tandas lama sangat..baik aku pi tengok dia buat apa lama sangat kat tempat syaitan tu jampi air ke apa budak ni (kan aku dah membebel macam mak jemah pulak).

mazlan oh mazlan ..ya Allah , mazlan bangun mazlan,kau ni dah kenapa baring kat sini..itulah aku suruh pegi klinik kau degil.

aku pun cepat2 angkat si mazlan masuk bilik..

mazlan kau tunggu kat sini aku nak mintak tolong kat abang sebelah bilik kau tu nak mintak hantar pergi klinik,aku pun x tahu klinik mana bukak malam2 buta ni.

aku dengan yakinnya pergi bilik sebelah untuk meminta tolong.

assalamualaikum...assalamualaikum..assalamualaikum..

aik, takde orang ke bilik ni..ok azam jangan putus asa mungkin salam kau tu dia x dengar kot..

lagi sekali aku memberi salam sambil mengetuk pintu bilik.

assalamualaikummm abang ana..

waalaikumussalam saudara..

aku pun menoleh ke belakang..

eh abang ana,sorry ganggu abang ana pulak..

tak mengapa,lagi pun abang baru balik dari program, ade apa yang oleh abang bantu.

ermm..kawan saya tu dia pengsan kat bilik air tadi so saya nak mintak tolong abang ana bawak pergi ke klinik sebab saya tengok dia tu dah teruk sangat sampai pengsan bagai..

oh..boleh, kejap abang pergi ambil kunci kereta.

*****

terima kasih, abang ana,tak pasal-pasal si mazlan tu kena hantar pergi hospital.

sama2,saudara ni nama apa?.

oh..lupa pulak nak perkenalkan diri,nama saya azam.

salam perkenalan ye azam..

hihihi..salam perkenalan jugak.

sebenarnya saya nak cakap yang nama saya bukan ana tapi saiful.

eh..saya ingat nama abang ana sebab hari tu abang cakap ana.

oh..ana tu gelaran bagi diri saya dalam bahasa arab,abang dah terbiasa panggil diri ana dikalangan sahabat2 abang tu yang azam salah faham gamaknya.

adeh..malu pulak saya dibuatnya, ana tu ganti diri saya rupanya dalam bahasa arab..hahahaha

hihihi..it's ok sekurang2nya azam ada pengalaman baru..

hahaha..tulah, yang ni boleh buat modal cerita dekat anak cucu nanti.











Rabu, 18 Jun 2014

imamOHimam



Sembang-sembang santai dengan family tup tup entah dari mana datangnya pasal imam rasa tadi sembang 
pasal ………… tiba2 ke ustaz pulak.

Normally , cerita ustaz tak lari dari menjadi imam di masjid2 or surau2,

Dan terkeluar satu corong suara berkata
:
"Sedap bacaan imam tadi ,anak sapa ye??,keluaran mana??(dah macam produk pulak)"

Seorang menyampuk:

"Oh , dia anak saya,insyaAllah bakal doctor tak lama lagi"

Kantoi sudah mak imam disebelah rupanya..

Tiba2 satu radio rosak bersuara (sakit tekak):

"ingat ustaz je ke boleh jadi imam,sesiapa yang bergelar lelaki muslim sewajarnya boleh ditolak jadi imam tau.."

Ada satu orang dah mengigil pandang (little brother)

"terjunlah bidang apa pun , bila ditolak takde lah bunyi macam ni "saya tak boleh jadi imam sebab saya bukan ustaz" ,"

"tak boleh jadi imam ke atau solat jarang-jarang"

Huh,kesat peluh..

Listen ,

Nak tak nak mesti jadi imam sebab imam maksudnya ketua dan semestinya seorang lelaki itu akan berkeluarga serta merupakan ketua dalam rumahtangga..
So,takkan nak jadi imam untuk keluarga pun guna ayat basi tu kot "ayah tak boleh jadi imam sebab ayah bukan ustaz",

Tambah2 bila si lelaki dapat bapak mentua yang kaki2 ke masjid dan yang suka solat berjemaah,tak mengeletar lutut tu..jenuh tawaf 1 rumah gara2 lari daripada menjadi imam solat.

Conclusion, latihlah diri solat berjemaah dan nak tahu tak selalunya yang takut 2 nak jadi imam ni dia jarang solat berjemaah tu sebab takde keyakinan.

(little brother)Lari masuk bilik ,keluar:

"Ayah,jom solat"

Khamis, 22 Mei 2014

Akak !! adik nak berubah

gambar hiasan

Dear:Akak adik nak berubah.

Sis:Syukur ,Alhamdulillah adik akak nk berubah ye..akak sentiasa disisi adik sekiranya adik perlukan smgt utk berubah.

Dear:Tetapi adik nak berubah diluar negara.

Sis:Eh kenapa mesti diluar negara, disini juga boleh berubah.

Dear:Emm..adik rasa mungkin disana adik lebih nak berubah.

Sis:Adik ku sayang..sekiranya kita niat berubah kerana Allah , dimana2 shj pun boleh berubah,tak payah pegi jauh2 , hidayah Allah ade disekeliling kita Cuma kita yang harus berusaha untuk mencarinya.

Dear:Tapi akak, adik tengok kawan2 adik yang dulunya tidak menutup aurat boleh berubah bila sambung study diluar negara.

Sis:Adik cuba fikir sekiranya kita sakit apa yang kita cari?.

Dear:Mestilah ubat ,apalah kakak ni.

Sis:Ermm ubat ye,tp sekiranya kita makan x sembuh mcm mana?.

Dear:Errrr..cari ikhtiar lain.

Sis:Ikhtiar lain macam mana ,akak x paham lah dik ^^.

Dear:Akak ni saja kan, kita doalah supaya Allah sembuhkan penyakit kita selain usaha drpd pelbagai perubatan.

Sis:Ok,dah terjawab soalan adik tadi?.

Dear:Soalan??.

Sis:Ye ,kawan2 adik berubah diluar negara adalah asbab tetapi Allah yang memberi hidayah itu dan boleh jadi Allah menarik balik hidayah itu dari mereka sama seperti ubat tadi,sekiranya Allah menyembuhkan penyakit itu maka sembuhlah penyakit itu walaupun kita guna pelbagai jenis perubatan,sekarang adik dh faham.

Dear:Ooooo..

Sis:Lagi 1 sekiranya hidayah seseorang berada jauh dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mendapatkan hidayah ALLAH bagaimana pula dengan yang miskin dan tidak mampu dik,adik sayang Allah itu maha pemurah hinggakan setiap udara dan nafas kita tidak dikenakan bayaran.

Dear:Terima kasih akak,adik dah faham apa yang akak nak sampaikan ^^

Sis:Akak tahu adik bijak hanya perlu berfikir sejenak sahaja apa yang akak katakan adik dah faham x gitu best student ^^

Dear:Ish akak ni segan adik ..


Sis:Ok , dik akak keluar dulu esok akak kerja nanti x bangun pulak.

Dear:Ok.

Sis:Psst akak pun ade cita2 nk sambung study di Jordan dulu tapi perancangan ALLAH lebih baik disini akak study,sbb akak nak lari dari kena kawin sekiranya gagal pekse,ke adik nak gi sana sbb nak kawin cepat hik3, Assalamualaikum sweet dream my dear.

Dear:Waalaikumussalam,akakkkkkk (baling bantal)


^^
p/s : cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan hidup @ mati..

Rabu, 14 Mei 2014

Dunia Tarbiyah


Seorang gadis menghadap komputer riba sambil tersengih-sengih dan ade kalanya menangis si ayah berasa hairan melihat anak gadisnya berkelakuan begitu..

Ayah : zara ! apa yang kamu buat ?? tengok movie korea ke??

Zara : mana ade tengok movie . orang tengah tengok video seorang vlogger dan blogger lah ayah.

Ayah : apa bi…bilog… coolblog??

Zara : vlogger dan blogger ayah.

Ayah : ish pelik sungguh namanya , apa benda yang best sgt tu.

Zara : vlog tu macam buat video,bila someone buat video dia akan uploud dekat youtube ..blog pulak lebih kepada penulisan.

Ayah : oh ..yang zara tengok tu kejap gelak ,kejap nangis tu disebabkan benda2 tu lah ye.

Zara : eh ..ayah perasan ye, malu pulak zara ^^…ayah kenal matlutfi,aiman azlan,anwar hadi ..bla..bla..

Ayah : ok stop ..nama2 tu seorang pun ayah tak kenal .kawan zara ke?

Zara : yep kawan sesame islam ^^..actually zara gelak2 tadi sbb tengok vlog diorang lah tp yang famous 3 yang pertama mula2 zara sebut..diorang punya videa sangat menarik dan santai even in inglish..

Ayah : ermm apa yang mereka buat?

Zara : mereka tak buat apa pun just cakap depan kamera buat gimik2 skit je..

Ayah : itu ke yang mengembirakan hati anak ayah ..

Zara : yep ,gembira dengan setiap percakapan dan pertuturan mereka sangat tersusun dalam menyampaikan mesej2 nasihat dan dakwah..

Ayah : habis yang duk menangis tu, kenapa??

Zara : oh..zara duk baca blogger sprt angel pakai gucci,budak tomato,bla..bla..bla..

Ayah : haishh..pelik sungguh nama mereka.

Zara : nama diorang memang pelik tapi ini lah cara untuk menarik anak2 muda sekarang supaya ditarbiyah ,meraka kan suka cuba yang pelik2 ^^..ayat2 sentap dan pedas lah yang kadang2 terkena batang hidung membuatkan anak ayah ni menangis.

Ayah : oh ..ayah dah faham sekarang..it's mean dakwah dan tarbiyah ada dimana2 Cuma kita yang usaha untuk mencarinya dan ayah rasa golongan2 ini mesti dari remaja kan ,golongan macam ayah ni ustaz2 jelah ^^.
Zara : hihihihi..
Tamat

Dakwah dan tarbiyah ada dimana2 ..punya kreatifnya manusia sekarang  dunia maya juga merupakan medan dakwah mereka untuk menyedarkan umat2 islam yang sedang leka dengan menggunakan kemudahan teknologi dengan sebaik-baiknya ..tiada istilah busy dalam kamus manusia yang sentiasa ingin ditarbiyah…

Khamis, 27 Mac 2014

mAsiH beLuM TerLambaT


Assalamualaikum

 Masuk Hari ini dah hampir sebulan ana bekerja di sebuah syarikat Al-baghdadi learning center..Bukan mengajar tetapi menguruskan bahagian pengurusan disini lebih kurang kerani lah..

Dan syarikat ini banyak cawangannya dimalaysia ..dan ana bekerja di cawangan semenyih sebab lebih Dekat dengan rumah ana..mungkin ramai tak tahu apa benda tempat tu?..untuk apa?..Ia sebuah tempat yang mana membantu golongan kanak2 @ dewasa untuk membaca al-quran

dalam masa 3 bulan,in sha Allah..dah macam nak promosi pulak..sekiranya nak tahu lebih lanjut boleh lah search dekat Google Al-baghdadi learning center @ kat youtube pun ade dan jika tak silap ade keluar rancangannya di television siaran Astro oasis..

ok,itu baru mukadimahnya…

bermula ana bekerja disitu sangat kekok..biasalah mula2 kan..then hari demi hari diri ini dapat menyesuaikan diri..yang menariknya disini ..pelajar2nya majoriti terdiri daripada golongan dewasa..dan yang paling ana kagum dengan pakcik2 serta makcik2 disini ialah kesungguhan serta semangat mereka untuk belajar al-quran sangat tinggi..mana tidaknya , siang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk anak2 , malam belajar mengaji..tak ke penat..tapi atas kesedaran mereka ..penat lelah tiada dalam hidup mereka..asalkan mereka dapat belajar..

ana tertarik dengan beberapa ungkapan oleh pelajar2 dewasa disitu:..

:"ermm..bila dah tua baru terhegeh-hegeh nak belajar Al-quran,masa kecik2 dulu malas belajar selalu ponteng..sekarang boleh dapat entah baca al-quran."

:"pakcik ni dekat rumah banyak buku2 iqra dan muqadam tapi tak habis2 lagi..sekarang ni pakcik tak tahu lah boleh ke tidak nak habis kan."

Dengar sahaja kata2 mereka..ana terus tersenyum dan berkata"in sha Allah, boleh"
.
Sesungguhnya Allah maha penyanyang kerana telah memberi hidayah dan membuka hati mereka untuk membaca serta mempelajari Al-quran sebelum Allah menarik nyawa mereka..Alhamdulillah..

Teringat pesanan ustazah ana: cari lah ilmu sebanyak mungkin sewaktu kita muda kerana waktu muda inilah tenaga kita masih kuat dengan akal yang  masih tajam untuk menimba ilmu,ini kerana nikmat waktu muda tidak sama apabila kita tua,kekuatan tenaga lemah .akal sudah tidak dapat menerima dan menyimpan ilmu dengan sebaiknya dan faktor kesihatan..

So para pemuda-pemudi sekalian jangan lepaskan peluang untuk mencari ilmu dimana sahaja..anda mampu mengubahnya..

"Ayuh bersama membina generasi yang cinta akan ilmu"

Wallahualam..

Rabu, 26 Mac 2014

Hati

Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ini diberi peluang untuk me'updated blog setelah sekian lama menyepi
Actually , ana sibuk dengan peperiksaan akhir untuk pengajian asasi Apium di nilam puri,kelantan ,
 now, ana dah ade di rumah , bercuti sebelum masuk ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ijazah..
in sha Allah bulan 9 ni..

entry kali ni tentang relationship ..mungkin ni entri ana yang kedua setelah berCinta dan couple ?
ok, ana ni x lh pandai pun dalam menceritakan tentang relationship but ia sekadar pendapat dan pandangan yang ana lihat disekeliling ana..mungkin sahabat diluar sana juga ada pendapat masing-masing juga kan..nak terima @ tak terpulang lah kepada sahabat sekalian ..anda ade akal fikiran yang diberi oleh Allah SWT untuk menilai sesuatu perkara itu baik @ buruk..buat lah penilaian yang baik dengan sebaik-baiknya bukan kerana nafsu semata-mata..

ana banyak berjumpa dengan ramai wanita diluar sana yang rapat dengan kaum lelaki ..boleh dikatakan rapat macam kawan karib..but masalah disini adakah hati kita kuat untuk menahan rasa kasih kita kepada kawan rapat yang dikatakan itu..secara jujurnya bersahabat dengan wanita  perasaannya lain berbanding dengan sahabat lelaki ..ana rasa sahabat2 diluar sana mesti tahu kan rasanya..tambahan pula bersahabat dengan lelaki..mula2 memang kawan je bila dah lama timbul perasaan lain..salah seorang mesti kalah dengan hati..tak perempuan , lelaki yang kalah..ini berdasarkan apa yang ana lihat lah..sebab hati ni sukar kita ketahuinya hanya Allah yang maha mengetahui..ustazah ana ada berpesan  bila berkawan dengan lelaki letakkan syariat dihadapan sebagai panduan supaya kita tidak tersasar apabila ada masalah hati..pesanan ini memang sangat memberi kekuatan kepada ana apabila ana tercuai bila berurusan dengan lelaki..cepat2 ana ingat pesanan tu..ye, ana tahu cinta itu fitrah tetapi jangan menjadikan ia fitnah apabila kawalan cinta itu tiada dengan iman yang lemah..bila berhubung apabila perlu je atas urusan kerja @ kecemasan..bila berkomunikasi hindarkan daripada terlalu lama menatap mata..bukan menghalang daripada melihat tetapi menjaga pandangan dengan hanya melihat sekilas lalu , in sha Allah jika kita menjaga dari sebelum nikah benih yang kita simpan juga mudah di didik kerana apa ,,kerana ibu bapa nya juga menjaga batas2 itu sebelum bernikah..kan lebih indah begitu..

ok..muslimah diluar sana anda mampu mengubahnya =)


muslimah yang solehah memang lelaki diluar sana tidak ada yang perasan kewujudan kita tetapi 'dia' yang selayaknya untuk kita sahaja yang  perasan akan kewujudan kita..

Selasa, 4 Jun 2013

dulu dan sekarang

assalamualaikum....ok kembali bercerita ^_^....dua tiga hari ni sibuk sudah melanda diri maklumlah dah masuk universiti untuk sem 3....macam2 kerenah kawan2 bila lama sgt cuti ade je cerita yg nk diceritakan...
ok cerita pasal universiti ni kan ana tengok ramai betul budak2 pandai sekarang tak payah cakap lah 10A 8A yang A A A semua tu...makin byk pelajar yng pandai makin susah nk masuk universiti pulak.....


ana nk bawak pengalaman ana semasa dikelas semalam.Seorang kawan ana bertanya kepada pensyarah ana kenapa subject sorof dipendekkan dari 2 jam jadi sejam je ustaz?ana pun pandang pensyarah ana nak tengok reaksi beliau...tiba2 beliau senyum dan berkata ermm...ustaz pun x tahu nk ckp macm mana ...kami sekelas ter tanya2 :

 kemudian ustaz ana cakap:
"oklah macam ni..memang semester sebelum ni kite belajaq 2jam tetapi disebabkan sekarang dah sistem baru kerana adik2 junior kamu melanjutkan pelajaran selama setahun sahaja disini ( sepatutnya 2 tahun ) maka kite singkat kan masa menjadi sejam..".

kami (dalam hati):
kiranya kita orang pun kena sekali lah

 ustaz : "ustaz pun pelik kenapa subject ni yang dipendekkan sebab nak mengaji tntg sorof ni kena ngaji lama skit sebab subject ni bukn macm subject lain ( sapa yng amik bahasa arab dia tahulah ).
tetapi jgn risau walaupun kte belajaq sejam selibusnya tetap sama cuma cara pembelajaran dan pengajarannya je berbeza tapi matlamatnya sama kita belajaq sorof jugak.."

kami pun pening2 ada yng menggaru-garu kepala pun ade...

 ustaz : "ok macam ni...kte nk balik KL ke KELANTAN ade bape cara..byk kan...boleh ikut dari gua musang,grik,terengganu dan atas awan (flight lah)..semua tu matlamatnya nk ke kuala lumpur , antara byk2 jln atas awan lah yng paling cepatkan...samalah macam kamu...yng sepatutnya belajaq 2jam jadi sejam..then ustaz smbung lagi..jika kte iku jln bawah (musang,grik,terengganu) kte boleh tahu apa yng berlaku dibawah tetapi jika kte ikut jalan atas (flight) sudah tentu kte tak tahu apa yng berlaku dibawah...jadi jika kamu belajaq sorof jgn tanya knp ? maksudnya kte belajaq  guna cara kaedah bukan dgn cara memahami pelajaran itu..."

bila ana dengar fuhh..betul jugak apa yng dikatakan pensyarah ana...bila difikirkan balik kte kat malaysia ni belajaq kaedah bukan memahami sebenarnnya asalkan cepat abis belajaq...bak kata ustaz ana belajaq sekerat2..yng lagi menyentuh ana , apabila ustaz ana cakap ...pembelajaran dulu dan sekarang memang berbeza sangat..sekarang kalau belajaq lama sgt ( ber tahun2 )dikata tak bagus..tapi belajaq sekejap/cepat dikata bagus...nk tahu sbb apa ulama2 hebat dalam ilmunya ini kerana beliau mengaji bukan setahun dua malah bertahun-tahun...bkn macam kite sekarang mengaji hanya melepaskan batuk ditangga tu pun bajet macam dah bnyk sangat ilmu...


kebanyakkan sekarang belajaq bukan kerana ilmu tetapi kerana kerja semata-mata..waallahualam