Halaman

Rabu, 18 Jun 2014

imamOHimam



Sembang-sembang santai dengan family tup tup entah dari mana datangnya pasal imam rasa tadi sembang 
pasal ………… tiba2 ke ustaz pulak.

Normally , cerita ustaz tak lari dari menjadi imam di masjid2 or surau2,

Dan terkeluar satu corong suara berkata
:
"Sedap bacaan imam tadi ,anak sapa ye??,keluaran mana??(dah macam produk pulak)"

Seorang menyampuk:

"Oh , dia anak saya,insyaAllah bakal doctor tak lama lagi"

Kantoi sudah mak imam disebelah rupanya..

Tiba2 satu radio rosak bersuara (sakit tekak):

"ingat ustaz je ke boleh jadi imam,sesiapa yang bergelar lelaki muslim sewajarnya boleh ditolak jadi imam tau.."

Ada satu orang dah mengigil pandang (little brother)

"terjunlah bidang apa pun , bila ditolak takde lah bunyi macam ni "saya tak boleh jadi imam sebab saya bukan ustaz" ,"

"tak boleh jadi imam ke atau solat jarang-jarang"

Huh,kesat peluh..

Listen ,

Nak tak nak mesti jadi imam sebab imam maksudnya ketua dan semestinya seorang lelaki itu akan berkeluarga serta merupakan ketua dalam rumahtangga..
So,takkan nak jadi imam untuk keluarga pun guna ayat basi tu kot "ayah tak boleh jadi imam sebab ayah bukan ustaz",

Tambah2 bila si lelaki dapat bapak mentua yang kaki2 ke masjid dan yang suka solat berjemaah,tak mengeletar lutut tu..jenuh tawaf 1 rumah gara2 lari daripada menjadi imam solat.

Conclusion, latihlah diri solat berjemaah dan nak tahu tak selalunya yang takut 2 nak jadi imam ni dia jarang solat berjemaah tu sebab takde keyakinan.

(little brother)Lari masuk bilik ,keluar:

"Ayah,jom solat"

Khamis, 22 Mei 2014

Akak !! adik nak berubah

gambar hiasan

Dear:Akak adik nak berubah.

Sis:Syukur ,Alhamdulillah adik akak nk berubah ye..akak sentiasa disisi adik sekiranya adik perlukan smgt utk berubah.

Dear:Tetapi adik nak berubah diluar negara.

Sis:Eh kenapa mesti diluar negara, disini juga boleh berubah.

Dear:Emm..adik rasa mungkin disana adik lebih nak berubah.

Sis:Adik ku sayang..sekiranya kita niat berubah kerana Allah , dimana2 shj pun boleh berubah,tak payah pegi jauh2 , hidayah Allah ade disekeliling kita Cuma kita yang harus berusaha untuk mencarinya.

Dear:Tapi akak, adik tengok kawan2 adik yang dulunya tidak menutup aurat boleh berubah bila sambung study diluar negara.

Sis:Adik cuba fikir sekiranya kita sakit apa yang kita cari?.

Dear:Mestilah ubat ,apalah kakak ni.

Sis:Ermm ubat ye,tp sekiranya kita makan x sembuh mcm mana?.

Dear:Errrr..cari ikhtiar lain.

Sis:Ikhtiar lain macam mana ,akak x paham lah dik ^^.

Dear:Akak ni saja kan, kita doalah supaya Allah sembuhkan penyakit kita selain usaha drpd pelbagai perubatan.

Sis:Ok,dah terjawab soalan adik tadi?.

Dear:Soalan??.

Sis:Ye ,kawan2 adik berubah diluar negara adalah asbab tetapi Allah yang memberi hidayah itu dan boleh jadi Allah menarik balik hidayah itu dari mereka sama seperti ubat tadi,sekiranya Allah menyembuhkan penyakit itu maka sembuhlah penyakit itu walaupun kita guna pelbagai jenis perubatan,sekarang adik dh faham.

Dear:Ooooo..

Sis:Lagi 1 sekiranya hidayah seseorang berada jauh dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mendapatkan hidayah ALLAH bagaimana pula dengan yang miskin dan tidak mampu dik,adik sayang Allah itu maha pemurah hinggakan setiap udara dan nafas kita tidak dikenakan bayaran.

Dear:Terima kasih akak,adik dah faham apa yang akak nak sampaikan ^^

Sis:Akak tahu adik bijak hanya perlu berfikir sejenak sahaja apa yang akak katakan adik dah faham x gitu best student ^^

Dear:Ish akak ni segan adik ..


Sis:Ok , dik akak keluar dulu esok akak kerja nanti x bangun pulak.

Dear:Ok.

Sis:Psst akak pun ade cita2 nk sambung study di Jordan dulu tapi perancangan ALLAH lebih baik disini akak study,sbb akak nak lari dari kena kawin sekiranya gagal pekse,ke adik nak gi sana sbb nak kawin cepat hik3, Assalamualaikum sweet dream my dear.

Dear:Waalaikumussalam,akakkkkkk (baling bantal)


^^
p/s : cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan hidup @ mati..

Rabu, 14 Mei 2014

Dunia Tarbiyah


Seorang gadis menghadap komputer riba sambil tersengih-sengih dan ade kalanya menangis si ayah berasa hairan melihat anak gadisnya berkelakuan begitu..

Ayah : zara ! apa yang kamu buat ?? tengok movie korea ke??

Zara : mana ade tengok movie . orang tengah tengok video seorang vlogger dan blogger lah ayah.

Ayah : apa bi…bilog… coolblog??

Zara : vlogger dan blogger ayah.

Ayah : ish pelik sungguh namanya , apa benda yang best sgt tu.

Zara : vlog tu macam buat video,bila someone buat video dia akan uploud dekat youtube ..blog pulak lebih kepada penulisan.

Ayah : oh ..yang zara tengok tu kejap gelak ,kejap nangis tu disebabkan benda2 tu lah ye.

Zara : eh ..ayah perasan ye, malu pulak zara ^^…ayah kenal matlutfi,aiman azlan,anwar hadi ..bla..bla..

Ayah : ok stop ..nama2 tu seorang pun ayah tak kenal .kawan zara ke?

Zara : yep kawan sesame islam ^^..actually zara gelak2 tadi sbb tengok vlog diorang lah tp yang famous 3 yang pertama mula2 zara sebut..diorang punya videa sangat menarik dan santai even in inglish..

Ayah : ermm apa yang mereka buat?

Zara : mereka tak buat apa pun just cakap depan kamera buat gimik2 skit je..

Ayah : itu ke yang mengembirakan hati anak ayah ..

Zara : yep ,gembira dengan setiap percakapan dan pertuturan mereka sangat tersusun dalam menyampaikan mesej2 nasihat dan dakwah..

Ayah : habis yang duk menangis tu, kenapa??

Zara : oh..zara duk baca blogger sprt angel pakai gucci,budak tomato,bla..bla..bla..

Ayah : haishh..pelik sungguh nama mereka.

Zara : nama diorang memang pelik tapi ini lah cara untuk menarik anak2 muda sekarang supaya ditarbiyah ,meraka kan suka cuba yang pelik2 ^^..ayat2 sentap dan pedas lah yang kadang2 terkena batang hidung membuatkan anak ayah ni menangis.

Ayah : oh ..ayah dah faham sekarang..it's mean dakwah dan tarbiyah ada dimana2 Cuma kita yang usaha untuk mencarinya dan ayah rasa golongan2 ini mesti dari remaja kan ,golongan macam ayah ni ustaz2 jelah ^^.
Zara : hihihihi..
Tamat

Dakwah dan tarbiyah ada dimana2 ..punya kreatifnya manusia sekarang  dunia maya juga merupakan medan dakwah mereka untuk menyedarkan umat2 islam yang sedang leka dengan menggunakan kemudahan teknologi dengan sebaik-baiknya ..tiada istilah busy dalam kamus manusia yang sentiasa ingin ditarbiyah…

Khamis, 27 Mac 2014

mAsiH beLuM TerLambaT


Assalamualaikum

 Masuk Hari ini dah hampir sebulan ana bekerja di sebuah syarikat Al-baghdadi learning center..Bukan mengajar tetapi menguruskan bahagian pengurusan disini lebih kurang kerani lah..

Dan syarikat ini banyak cawangannya dimalaysia ..dan ana bekerja di cawangan semenyih sebab lebih Dekat dengan rumah ana..mungkin ramai tak tahu apa benda tempat tu?..untuk apa?..Ia sebuah tempat yang mana membantu golongan kanak2 @ dewasa untuk membaca al-quran

dalam masa 3 bulan,in sha Allah..dah macam nak promosi pulak..sekiranya nak tahu lebih lanjut boleh lah search dekat Google Al-baghdadi learning center @ kat youtube pun ade dan jika tak silap ade keluar rancangannya di television siaran Astro oasis..

ok,itu baru mukadimahnya…

bermula ana bekerja disitu sangat kekok..biasalah mula2 kan..then hari demi hari diri ini dapat menyesuaikan diri..yang menariknya disini ..pelajar2nya majoriti terdiri daripada golongan dewasa..dan yang paling ana kagum dengan pakcik2 serta makcik2 disini ialah kesungguhan serta semangat mereka untuk belajar al-quran sangat tinggi..mana tidaknya , siang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk anak2 , malam belajar mengaji..tak ke penat..tapi atas kesedaran mereka ..penat lelah tiada dalam hidup mereka..asalkan mereka dapat belajar..

ana tertarik dengan beberapa ungkapan oleh pelajar2 dewasa disitu:..

:"ermm..bila dah tua baru terhegeh-hegeh nak belajar Al-quran,masa kecik2 dulu malas belajar selalu ponteng..sekarang boleh dapat entah baca al-quran."

:"pakcik ni dekat rumah banyak buku2 iqra dan muqadam tapi tak habis2 lagi..sekarang ni pakcik tak tahu lah boleh ke tidak nak habis kan."

Dengar sahaja kata2 mereka..ana terus tersenyum dan berkata"in sha Allah, boleh"
.
Sesungguhnya Allah maha penyanyang kerana telah memberi hidayah dan membuka hati mereka untuk membaca serta mempelajari Al-quran sebelum Allah menarik nyawa mereka..Alhamdulillah..

Teringat pesanan ustazah ana: cari lah ilmu sebanyak mungkin sewaktu kita muda kerana waktu muda inilah tenaga kita masih kuat dengan akal yang  masih tajam untuk menimba ilmu,ini kerana nikmat waktu muda tidak sama apabila kita tua,kekuatan tenaga lemah .akal sudah tidak dapat menerima dan menyimpan ilmu dengan sebaiknya dan faktor kesihatan..

So para pemuda-pemudi sekalian jangan lepaskan peluang untuk mencari ilmu dimana sahaja..anda mampu mengubahnya..

"Ayuh bersama membina generasi yang cinta akan ilmu"

Wallahualam..

Rabu, 26 Mac 2014

Hati

Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ini diberi peluang untuk me'updated blog setelah sekian lama menyepi
Actually , ana sibuk dengan peperiksaan akhir untuk pengajian asasi Apium di nilam puri,kelantan ,
 now, ana dah ade di rumah , bercuti sebelum masuk ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ijazah..
in sha Allah bulan 9 ni..

entry kali ni tentang relationship ..mungkin ni entri ana yang kedua setelah berCinta dan couple ?
ok, ana ni x lh pandai pun dalam menceritakan tentang relationship but ia sekadar pendapat dan pandangan yang ana lihat disekeliling ana..mungkin sahabat diluar sana juga ada pendapat masing-masing juga kan..nak terima @ tak terpulang lah kepada sahabat sekalian ..anda ade akal fikiran yang diberi oleh Allah SWT untuk menilai sesuatu perkara itu baik @ buruk..buat lah penilaian yang baik dengan sebaik-baiknya bukan kerana nafsu semata-mata..

ana banyak berjumpa dengan ramai wanita diluar sana yang rapat dengan kaum lelaki ..boleh dikatakan rapat macam kawan karib..but masalah disini adakah hati kita kuat untuk menahan rasa kasih kita kepada kawan rapat yang dikatakan itu..secara jujurnya bersahabat dengan wanita  perasaannya lain berbanding dengan sahabat lelaki ..ana rasa sahabat2 diluar sana mesti tahu kan rasanya..tambahan pula bersahabat dengan lelaki..mula2 memang kawan je bila dah lama timbul perasaan lain..salah seorang mesti kalah dengan hati..tak perempuan , lelaki yang kalah..ini berdasarkan apa yang ana lihat lah..sebab hati ni sukar kita ketahuinya hanya Allah yang maha mengetahui..ustazah ana ada berpesan  bila berkawan dengan lelaki letakkan syariat dihadapan sebagai panduan supaya kita tidak tersasar apabila ada masalah hati..pesanan ini memang sangat memberi kekuatan kepada ana apabila ana tercuai bila berurusan dengan lelaki..cepat2 ana ingat pesanan tu..ye, ana tahu cinta itu fitrah tetapi jangan menjadikan ia fitnah apabila kawalan cinta itu tiada dengan iman yang lemah..bila berhubung apabila perlu je atas urusan kerja @ kecemasan..bila berkomunikasi hindarkan daripada terlalu lama menatap mata..bukan menghalang daripada melihat tetapi menjaga pandangan dengan hanya melihat sekilas lalu , in sha Allah jika kita menjaga dari sebelum nikah benih yang kita simpan juga mudah di didik kerana apa ,,kerana ibu bapa nya juga menjaga batas2 itu sebelum bernikah..kan lebih indah begitu..

ok..muslimah diluar sana anda mampu mengubahnya =)


muslimah yang solehah memang lelaki diluar sana tidak ada yang perasan kewujudan kita tetapi 'dia' yang selayaknya untuk kita sahaja yang  perasan akan kewujudan kita..