Halaman

Selasa, 4 Jun 2013

dulu dan sekarang

assalamualaikum....ok kembali bercerita ^_^....dua tiga hari ni sibuk sudah melanda diri maklumlah dah masuk universiti untuk sem 3....macam2 kerenah kawan2 bila lama sgt cuti ade je cerita yg nk diceritakan...
ok cerita pasal universiti ni kan ana tengok ramai betul budak2 pandai sekarang tak payah cakap lah 10A 8A yang A A A semua tu...makin byk pelajar yng pandai makin susah nk masuk universiti pulak.....


ana nk bawak pengalaman ana semasa dikelas semalam.Seorang kawan ana bertanya kepada pensyarah ana kenapa subject sorof dipendekkan dari 2 jam jadi sejam je ustaz?ana pun pandang pensyarah ana nak tengok reaksi beliau...tiba2 beliau senyum dan berkata ermm...ustaz pun x tahu nk ckp macm mana ...kami sekelas ter tanya2 :

 kemudian ustaz ana cakap:
"oklah macam ni..memang semester sebelum ni kite belajaq 2jam tetapi disebabkan sekarang dah sistem baru kerana adik2 junior kamu melanjutkan pelajaran selama setahun sahaja disini ( sepatutnya 2 tahun ) maka kite singkat kan masa menjadi sejam..".

kami (dalam hati):
kiranya kita orang pun kena sekali lah

 ustaz : "ustaz pun pelik kenapa subject ni yang dipendekkan sebab nak mengaji tntg sorof ni kena ngaji lama skit sebab subject ni bukn macm subject lain ( sapa yng amik bahasa arab dia tahulah ).
tetapi jgn risau walaupun kte belajaq sejam selibusnya tetap sama cuma cara pembelajaran dan pengajarannya je berbeza tapi matlamatnya sama kita belajaq sorof jugak.."

kami pun pening2 ada yng menggaru-garu kepala pun ade...

 ustaz : "ok macam ni...kte nk balik KL ke KELANTAN ade bape cara..byk kan...boleh ikut dari gua musang,grik,terengganu dan atas awan (flight lah)..semua tu matlamatnya nk ke kuala lumpur , antara byk2 jln atas awan lah yng paling cepatkan...samalah macam kamu...yng sepatutnya belajaq 2jam jadi sejam..then ustaz smbung lagi..jika kte iku jln bawah (musang,grik,terengganu) kte boleh tahu apa yng berlaku dibawah tetapi jika kte ikut jalan atas (flight) sudah tentu kte tak tahu apa yng berlaku dibawah...jadi jika kamu belajaq sorof jgn tanya knp ? maksudnya kte belajaq  guna cara kaedah bukan dgn cara memahami pelajaran itu..."

bila ana dengar fuhh..betul jugak apa yng dikatakan pensyarah ana...bila difikirkan balik kte kat malaysia ni belajaq kaedah bukan memahami sebenarnnya asalkan cepat abis belajaq...bak kata ustaz ana belajaq sekerat2..yng lagi menyentuh ana , apabila ustaz ana cakap ...pembelajaran dulu dan sekarang memang berbeza sangat..sekarang kalau belajaq lama sgt ( ber tahun2 )dikata tak bagus..tapi belajaq sekejap/cepat dikata bagus...nk tahu sbb apa ulama2 hebat dalam ilmunya ini kerana beliau mengaji bukan setahun dua malah bertahun-tahun...bkn macam kite sekarang mengaji hanya melepaskan batuk ditangga tu pun bajet macam dah bnyk sangat ilmu...


kebanyakkan sekarang belajaq bukan kerana ilmu tetapi kerana kerja semata-mata..waallahualam

Khamis, 30 Mei 2013

nasihat yang berhikmah

assalamualaikum..hari ini ana nak coret2 sikit (sikit lah sgt..) entry kali ni nk cakap pasal nasihat ( eh2 ko nk bg nasihat macam lah ko ni baik sgt )memang ana ni x lah baik sgt tetapi sebagai seorang muslim beragama islam kite perlu saling menasihati dan mengingati antara satu sama lain...manusia tidak sempurna walau sekecil-kecil zahrah pun setiap hambaNYA pasti melakukan kesilapan...ewah2 dah macam ustazah pulak...^_^..sebenarnya bukan nak bagi tazkirah , ceramah mahupun motivasi...( belum byk ilmu didada lagi perlu byk belajar dan belajar )....

byk manusia sekarang ni bile orang tegur @ cakap dgn nada tinggi sikit mesti ade bunyi macam ni :" ko ni apahal nak marah2 aku.. x boleh cakap lembut2 ke kalau nak nasihat kan orang kenelah berhikmah kan islam suruh menasihati dengan berhikmah"...ya, memang betul islam suruh menasihati dengan berhikmah tetapi mungkin kah kite memberi nasihat secara lemah lembut tetapi masih lagi tidak berubah dimana ketegasan dalam menyampaikan dakwah..adakala perlu jugak selit kan ketegasan dalam menyampaikan nasihat mahupun teguran....dah cara lembut pun tak boleh kene lah bertegas kan..^_^

Cara orang lain menilai kita adalah dengan teguran.
kadang2 cara teguran kene betul dan perlu lihat golongan mana yg dinasihati sekirannya menegur anak2 kecil ada caranya sama jugak seperti golongan remaja dan dewasa..pendekatan yg baik dan menarik membuat kan nasihat yang berhikmah itu diterima sebenarnya..waallahualam

bye2..

Isnin, 20 Mei 2013

persepsiku pada tudung labuh dulu


assalamualaikum...
lama dah ana tak jenguk blog ni.....sejak dua tiga hari lepas ana walking2 lah blog org saje nk cari inspirasi...hihihi...sebenarnya x de tajuk nk tulis ape....dan tertarik satu blog kepunyaan seorang muslimah...hermmm...tertarik dengan artikal dia tentang aku yg dulu ( eh betul ke tajuk tu...lebih kurang kot )
yang menarik minat ana kat situ ...memgenai perubahan beliau berubah memakai tudung labuh dan menutup aurat yang sempurna dalam islam....mabruk buat muslimah tu kerana berjaya membuat satu perubahan..

(aceh ceh..kau pun nk wat entry macam tu jugak ke)...a'ha ,nk kongsi pengalaman sikit tentang persepsi ana tentang tudung labuh ni...sememangnya dari kecik lagi hati ni nak bertudung labuh..entah lah macam mane boleh tergerak hati ni nak pakai tudung labuh ...mungkin sebab tgk sepupu ramai yg pakai tudung labuh kot...
ermm..biasalah budak2 memang suka cube benda apa yang orng dewasa pakai dan buat...ok..pandangan mula2 ana tengok org pakai tudung labuh memang menyejuk hati...bila tgk aje muslimah yang memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna sejuk je mata memandangkan....teringat kata ayah ana..ayah suka tengok perempuan pakai tudung labuh dan menutup aurat manis je walaupun muka x secantik artis...mungkin niat di hati sudah ade maka semasa ana memasuki ke sekolah menengah ...ana dihantar ke sekolah agama di perak ( sabk maahad ehyak diniah islamiah )...bermula disini ana berjinak2 memakai tudung labuh...disini byk yg mengubah diri yng penuh kejahilan dan mengajar menjadi seorang muslimah
^_^ bukan dulu x muslimah cume kurg sikit waktu sekolah rendah ..nak kate tomboy x cume garang sikit dan degil je....hihihi

   setiap pengalaman hidup
 mematangkan dan mendewasakan diri ini

dan sampailah sekarang insyaallah still setia dengan tudung labuh ini....penah jugak terdetik nak buat tudung fesyen sekarang tp bile tgk je hati x berkenan nak wat walaupun nampak cantik dipakai....lagi pun ana ni jenis simple orng nye memamg tak lah nk berlilit dikepala..rimas  dan lambat ( jgn marah ini pendapat ana..ana x mengata ye..just my opinian )...setiap orng mempunyai pengalaman masing2 dalam berubah kearah yang lebih baik cume cepat @ lambat shaja yng menentukan perubahan itu...

thank to my family specially my father and mother yang sentiasa memberi dorongan pada anakmu ini..
sebenarnya ana ni anak ayah..hihihi manja ngan ayah..

Sabtu, 23 Mac 2013

bercinta dan couple ?

assalamualaikum....dah lama rasenye tak update blog ni....tiba2 update pasal cinta...hehehe
Sebenarnnya tak ade niat dihati ni pun nak cerita tentang cintan cinton ni.....
tetapi ari ni terdetik di hati nak kongsi cerita....

ade satu malam ni seseorang tanya ana...bercinta tu haram ke?...ana tengok mesej tu terkejut jugak tapi nak tak nak kene lah jawab....bagi ana bercinta tidak haram kerana bercinta bahasa lainnya berkasih sayang...dalam soal cinta kita boleh dikatakan cinta kepada ALLAH dan RASUL ,cinta akan kedua IBUBAPA dan MAKHLUK ciptaanNYA....betul tak....cuma bercinta yang dilarang dalam agama ialah mencintai seseorang melebihi segalanya...kita boleh mencintai seseorang kerana sudah lumrah dan fitrah manusia berkasih sayang...dalam persepsi seseorng yg tanya soalan kat ana ialah bercinta dgn seseorang yang kita suka tetapi belum menjadi yang sah means akad nikah... jangan menyalahkan perkataan CINTA itu sendiri kerana ALLAH telah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada manusia cuma manusia yang harus mengawal perasaan cinta itu sendiri...

mencari cinta Allah.

Dah tanya pasal cinta...satu lagi soalan yang dituju..couple tu haram ke....couple mmg haram bg yg belum berkahwin....selalunya couple tu utk pasangan yg berkahwin sahaja....betul tak...lagipun dalam islam mana ade istilah couple walaupun ade yg kate couple islamic.....mana ade semua tu....sememangnya allah jadikan lelaki dan perempuan sebagai pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain means melalui  akad nikah (perkahwinan).... tak ade pulak kate bercouple...

indahya hidup bersyariat...

sekadar perkongsian bersama...Wallahu'alam


Khamis, 7 Februari 2013

Indahnya nikmat sabar

fisrt time cuti raya cina kat kelantan , selalunya cuti kat selangor means at home , ramai kwn2 balik umah , sunyi betul AMK...
ermm..sebenarnnya hati rasa lega sebab assignment dah settle walaupun ade lagi 2 assignment yang perlu disiapkan sekurang-kurangnya dah lepas beberapa tugasan....alhamdulillah
memang minggu ni sibuk sangat dan menguji kesabaran ana...apapun thanks kepada rakan2 se group dgn saya..yg sudah bersusah payah sama2 menyiapkannya...pepatah arab ada mengatakan:

                                            " الصبريعين على كل عمل "
                              KESABARAN ITU AKAN MENOLONG SEGALA PEKERJAAN


sifat marah akan menguasai diri sekiranya  tiada sifat sabar


 

setiap pekerjaan itu memerlukan kesabaran yang tinggi barulah mendapat hasil yang berkualiti
sebagai mana kita lihat nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama islam..
Baginda mempunyai kesabaran yang tinggi dalam berdakwah kepada kaum arab jahiliah
berbagai cacian dan kejian dilemparkan terhadap baginda
namun baginda tidak pernah putus asa sehingga baginda digelar rasul ulul azmi
subhanaallah...



sama2 lah kita muhasabah diri ini agar menjadi hamba yang soleh dan solehah